Thursday, January 31, 2013

Sembang Siber: Penggunaan Windows Search

Tulisan ini hanya terpakai kepada Windows 7

Windows Search membolehkan pengguna mencari fail/folder/program dengan hanya menaip nama fail/folder/program yang dikehendaki. Keputusan carian akan dipaparkan secara automatik. Fungsi ini sangat membantu jika destinasi fail/folder/program tidak diketahui atau ingin menjimatkan masa untuk mencari secara manual.


Cara Menggunakan Windows Search:
1. Buka ‘start menu’. Pembaca skrin akan menyebut “search box”.
2. Taip nama fail/folder/program yang ingin dicari. Misalnya, taip “Microsoft Word”.
3. Tekan anak panah bawah untuk mendengar keputusan carian sehingga menemui perkara yang dicari.
4. Tekan ‘enter’ untuk membukanya.

Nota: Menaip sebahagian nama fail/folder/program sudah memadai untuk menjumpai perkara yang dicari.


Penggunaan “Wildcard” “*” Dalam Carian

Simbol “*” dikenali sebagai ‘wildcard’. Dalam carian, simbol ini dapat membantu membuat carian dalam beberapa keadaan.


1. Tidak mengingati nama fail dan hanya mengetahui ‘file extension’
A. Buka ‘start menu’.
B. Taip “*” (tanpa pengikat kata) dan diikuti ‘file extension’. Misalnya, “*.mp3”.
C. Segala fail dalam komputer yang mempunyai format ‘.mp3’ akan dipaparkan. Tekan anak panah bawah untuk mencari perkara yang dikehendaki.

2. Hanya mengingati sebahagian nama fail

Andaikan nama perkara yang ingin dicari ialah “Microsoft word”, tetapi hanya perkataan ‘Microsoft’ diingati.

A. Buka “start menu”.
B. Taip “Microsoft*”. Keputusan carian akan bermula dengan perkataan ‘microsoft” seperti “microsoft Powerpoint”, “Microsoft Access”, dan “Microsoft Word”.
C. Tekan anak panah bawah sehingga menjumpai perkara yang dicari (Microsoft Word)

Sekian sahaja untuk kali ini.

Followers